Sunday, October 8, 2017

GAMBAR PANTAI YANG INDAH

Assalamualaikum dan Anneyeong!

Haiii *lambaitangandengansemangatnya*. Seperti yang Ana janji kan yang Ana akan kerap update entri baru untuk blog #barutapiusang ni. Topik untuk entri kali ni berkenaan pantai.


Gambar ni Ana ambil di Pantai Remis, Kuala Selangor. Kat sini singgah sekejap sahaja sebab waktu tu, kami teman bapak Ana untuk mengurut badan.

Ana suka sangat ke pantai tapi rumah jauh dengan pantai, jadi bila nak bercuti tu mesti akan terfikir pantai dahulu.

Ana tak berapa suka mandi pantai sebab kebanyakan fasiliti untuk mandi bersih di Malaysia ni agak uzur kebanyakannya. Jadi Ana lagi suka duduk tengok laut, dan mendengar deruan ombak yang menghempas pantai.

Tiba-tiba teringat drama Titian Kasih di TV3. Heroin tak suka mandi tapi suka duduk di pantai pada salah satu babak dalam drama tu. Lebih kurang samalah dengan Ana tu.


Ini pula, kanak-kanak riang di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. Waktu ni kami adik beradik bercuti di sana. 

Ana tak lah terer mana tangkap gambar ni sebab bukan photographer professional tapi Ana suka tangkap gambar pantai sebab Ana rasa gambar pantai ni sangat indah. Ana rasa menghargai alam semulajadi. 

Banyak lagi pantai yang indah di Malaysia yang Ana belum jejaki. Ana harap dapat menjejakkan kaki ke pantai seluruh Malaysia. Itu impian Ana. 


Gambar ni Ana tangkap dekat Pantai Morib, Selangor. Waktu tu gathering satu family belah mak Ana

Ana ada juga bermalam di khemah di tepi pantai. Contohnya Di Port Dickson, Pantai Morib dan yang tak seronoknya bila lihat sampah yang di tinggalkan oleh pengunjung di tepi pantai, lagi-lagi waktu perayaan.

Sayangi alam semulajadi kita. Bukan setakat di pantai sahaja tapi di mana-mana pun harus di jaga kebersihannya. Berilah peluang kepada generasi akan datang untuk mengenali kewujudan pantai yang Indah.

Sampai bila nak ada petugas untuk membersihkan pantai? Dan sampai bila kita nak terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan pantai kita?





Friday, October 6, 2017

GIVEAWAY REFRESH BLOG BY SHALIMAR YUSOF

Assalamualaikum, Anneyeong semua!!

Ana muncul lagi! Ana nak update sekerapnya mulai bulan ni, Ana nak berjanji dengan diri,  Untuk bulan oktober ni Ana mulakan dengan entri Awak Suka Saya Tak? . Kalau ada masa silalah jenguk-jenguk.

Ok, back to topik catatan, Ana nak join lagi Giveaway yang di anjurkan oleh Puan blogger Shalimar Yusof . Giveaway Refresh di beri nama oleh Puan blogger.




Ok, kalau di katakan lagu, Ana minat banyak lagu dan paling minat adalah FT Island punya lagu. FT Island adalah K-Rock Band. Jadi tak sama dengan kpop-kpop punya lagu sebab dia orang ROCK! Yea Yeahhh!

Ya, Ana suka lagu rock tapi genre lain pun Ana dengar. kalau Malaysia punya, Ana suka lagu karok lama-lama. Kalau nak di listkan, tak terkira banyaknya.

Selain lirik lagu, Ana nak post video boleh Puan owner GA? Ana nak post 2 lagu, Ana nak korang dengar sama-sama dengan Ana.


Ini Pray dari FT Island, tapi bukan yang latest song.


Ini How Do I Live dari penyanyi LeAnn Rimes.

Korang ada tahu ke lagu yang Ana post ni? Moh lah share sama-sama dengan Ana kalau tahu.

Okaylah, Ana nak tamatkan entri ni. Jangan lupa join GA ni, mudah sahaja.

Link => GIVEAWAY REFRESH BLOG

Okay, Byee.

Wednesday, October 4, 2017

Drama Awak Suka Saya Tak Dari Penulis Melur Jelita

Assalamualaikum, Anneyong semua!

Hari ni, Ana nak cerita pasal Drama Awak Suka Saya Tak untuk korang semua, Drama ni sebenarnya adaptasi dari novel Awak Suka Saya Tak dan penulis Melur Jelita. Kita senang panggil dia ASST, sebab short form bagi tajuk novel ni memang macam tu.

Sebenarnya Ana dah baca novel ASST ni, bila dapat tahu yang dia akan di dramakan, punya excited tak terhingga sampai nak beli channel Astro Ria dekat NJoi (Almaklumlah kat rumah ada NJoi sahaja) tapi Astro punya baik hati, dia bagi free temporary untuk channel Ria, jadi boleh tengok tanpa langgan channel tu. Yuhuuu!

Kalau nak tahu novel ASST ni dah berbelas cetakan dan jadi pujaan seluruh peminat novel cinta (termasuk Ana) dan novel yang paling terkini dari kak Melur Jelita adalah Mikayla.

Dulu kak Melur Jelita ni dia ada satu blog tapi Ana rasa dah delete kot sebab Ana dah lama tak singgah blog tu, lepas tu hari ni cari balik dah tak ada blog tu dan kalau nak tahu ada banyak lagi novel yang best kak Melur produced. Dan dengar cerita ada novel dia yang lain akan di filem kan *ehemehemmintamintaiajadirealiti.

Ana sebenarnya pernah bergambar dengan kak Melur Jelita tapi malu nak tempek kat sini. Hehehehe.
Ana harap drama ni akan success seperti mana novelnya dan  Ana rasa gandingan Emma Maembong dan Alvin Chong ok, biasa-biasa sahaja.

Mungkin sebab Ana dah set kan bayangkan hero Hilman Yong dan heroin Intan Zulaikha seperti yang kak Melur Jelita setkan kot.

Ni Watak yang ada dalam fikiran Ana bila baca Novel ASST
*Photo Credit to Owner*

Tak apalah jom kita tengok sinopsis untuk novel ASST dan barisan pelakon untuk drama adaptasi




Ini cover nover Awak Suka Saya Tak, Saya suka sebab dalam tu ada kuda, ada burung origami (Kuda adalah salah satu watak dalam novel ni)

SINOPSIS :

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha



****

Detail untuk Drama Awak Suka Saya Tak

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Melur Jelita
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, Angeline Tan, Joyce Harn, Michelle Tan, Jesse Lim, Shazrene, Fathil Dani, Syakirah Nurizzati, Aryan Adani

WATAK PELAKON 
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Islam sebagai Salina
Raff Yaakob sebagai Danish
Kael sebagai Azad
Aman Aziz sebagai Yasin
Fieza Jolie sebagai Lily
Amalina Smith sebagai Shasha
Mustapha Kamal sebagai Dato Megat
Susan Manen sebagai Datin Sofea
Fathil Dani sebagai Imam Kahar
Jesse Lim sebagai Robert
Angeline Tan sebagai Clarence
Joyce Harn sebagai Grace
Aryan Adani sebagai Daniel
Michelle Tan sebagai Cheris



Sweet kan tapi kalau Alvin Chong tinggi sikit kan ok. Opsss, Jangan kecam saya
*Photo Credit to Owner*
Ok Byee!

Wednesday, September 27, 2017

First Giveaway By Blog Buku Pinky!




Assalamualaikum, Anneyeong semua!

Ana yang baru berblog ni nak join satu GA yang blogger Azie buat ni,  Korg semua join lah!
Mudah sahaja syarat-syaratnya.

Dan just nak tanya,

Ada orang yg berblogwalking ke sini ke? Ana nak tambah rakan ni. Kalau siapa tahu blogger yang buat blogwalking, inform lah Ana di komen.

Almaklumlah budak baru belajar blog pun tak ada follower.

Jangan lupa join GA ni, link seperti ==> First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Ok, jumpa lagi nanti.

Bye!